Nuffnang Ads

Tuesday, April 10, 2012

FAKTOR PENYEBAB SAKIT JANTUNG

tadi tetiba tergerak hati nak cari antara sebab serangan jantung...memandangkan COD arwah akibat "heart attack"...ikutkan background @ family history takde plak...dan arwah pon memang tak penah mengadu sakit sebelom nih...so tadi tejumpa la info ni dari blog Dr Rozmey HERBAPRIMA. jom sesama kita kongsi...


JANTUNG manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah.
Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung.
Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang.
Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Faktor Penyebab

1. Asap Rokok

•Mempercepatkan pembekuan darah

•Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.

•Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

•Tekanan Perasaan

•Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.

•Tekanan darahnya juga meningkat.


2. Kandungan Lemak Yang Tinggi

•Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.


3. Kurang bersenam

•Senaman penting untuk menguatkan jantung.

•Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.


4. Darah Tinggi

•Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.

•Jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.

•Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.


5. Kencing Manis

•Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung


Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat.
Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak.
Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.



Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

wasalam ^_*

No comments: