Nuffnang Ads

Thursday, October 11, 2012

SIAPALAH SAYA NI

sebenarnya tak tau nak letak tajuk ape. dan tak tau jugak tajuk tu nanti ade kaitan dengan isi yg aku nak cite ni. hari ni ialah sesi tuk luahkan perasaan ye...biasala kalau ade masalah atau tengah susah hati, rasanya kt belog nih adalah tempat paling baik tuk aku bercerita...bukan takde kawan yg sudi mendengar, malah dorg siap bagi support dan nasihat lagi cuma bagi aku bila kita luahkan secara bercerita, secara tak langsung kita dapat berkongsi dengan mereka kt luar sana jgk kan...

lately, hati aku agak ceria...ade pelangi indah menyinarkan warna-warnanya. yela, setelah hampir 10bln aku sedikit demi sedikit mendapat kekuatan dan semangat. "life must go on"...true! tapi bukan semua org akan dapat meneruskan hidup dengan sempurna dan gembira...pasti akan ada halangan dan perit untuk hidup bahagia. kenangan dan memori pula akan sentiasa kekal dalam ingatan. dan kekadang memori inilah yg menghalang kita untuk gembira.

tapi seindah mana pelangi tu, pasti akan hilang bila hari beransur gelap...itulah yg aku rasa dan alami skrg...tapi aku hanya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu gembira bila ternampak pelangi itu. lupa diri keindahan itu tidak kekal! dan kini aku kembali berduka. menjeruk rasa sendiri...tenggelam dalam nikmat duniawi sehingga hampir lalai dengan tanggungjawab yg aku galas. memang, semua org berhak bahagia tapi mungkin belom masanya untuk aku. melepaskannya pergi adalah keputusan terbaik. pergi dengan janji-janji yg aku sudah angani. jika ini ketentuan dan takdir Allah, aku redha...mungkin Dia ada pilihan terbaik untuk aku...walau selama mana, aku akan tunggu masa itu.

aku tidak setabah Mariam, tidak secekal Mashitah menahan siksaan Firaun...aku hanyalah hamba Allah SWT yg penuh dengan kekurangan...hanya mampu berdoa moga masih ada tempat untuk ku di Jannah kelak, Amin...siapalah aku ini yg hanya menumpang dibumi Allah. dan sekiranya masih ada empunya tulang rusuk yg belom aku temui, aku mohon pd Allah agar pemilik itu mampu membimbing aku ke jalan Mu Ya Allah...


wasalam
^_*

1 comment:

eyna azmi said...

kau kena tabah yon demi julia