Nuffnang Ads

Monday, November 5, 2012

TENTANG RASA

semua orang ada perasaan...dan perasaan tu akan ada bermacam-macam kan. gembira, sedih, marah dan kecewa adalah antara 4 rasa utama untuk setiap orang...

dan adakalanya, pada masa yg sama kita akan dapat merasa 2 perasaan...bila kita gembira, kita akan menangis...saat kita sedih, kita akan cuba ketawa untuk melupakan kesedihan tu...dan bila marah, kita akan merasa sangat kecewa dengan apa yg berlaku...pelik kan...tapi itulah hakikat tuk setiap manusia yg berperasaan...dan jika tidak berperasaan sesungguhnya kehidupan tidak akan indah dan tidak berwarna-warni...

percayala, perasaan ini akan datang dengan sendirinya tanpa paksaan...kita yg bertanggungjawab untuk mengubahnya. walaupon ada tikanya kita akan cuba mengelak, tapi siapala kita untuk bertahan...sekuat mana pon kita, pasti akan rebah dan tersungkur juga. pilihan di tangan kita...bila kita rasa perlu menangis, maka biarkanlah airmata tu mengalir kerana kita akan rasa satu perasaan lega. kalau kita marah, lepaskanlah...saat kita kecewa dan menyesali dengan apa yg berlaku, pada masa yg sama sesunggunya satu kebaikan telah terjadi pada kita.

sepertimana aku, selama mana pon aku cuba bertahan dengan rasa gembira...pasti aku akan menangis jg diakhirnya...kenapa? kerana aku merasa sangat marah dan kecewa dengan apa yg berlaku...bukan hendak melawan takdir, kerana itu seperti melawan kehendak Allah...aku tahu, Allah Maha berkuasa...Dia yg Maha Mengetahui...cuma kadangkala tertanya, kenapa aku??? ujian dan dugaan datang bertimpa, apalagi yg aku harapkan...life is short to be wasted...

2012 akan berakhir dan aku masih lagi belom tahu kemana arah tuju hidup ini...tanpa dia disisi. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...yg pasti perasaan aku sekarang, bercampur semuanya. saat aku gembira, aku akan menangis...saat aku marah, aku akan menyesal setiap apa yg berlaku...

please forgive me...

wasalam
^_*

No comments: